Sabtu, 17 September 2022

Soal Jawab Nikah Siam

Q & A Nikah Siam
Soalan: Sekiranya kami bercadang untuk nikah di Thailand/ Siam, apa persiapan yang kami perlu buat?
Jawapan: Sekiranya pasangan bercadang untuk bernikah di Thailand, sila maklumkan pada pihak kami tarikh untuk nikah sekurang-kurangnya satu hari lebih awal. Sediakan passport antarabangsa terlebih dahulu untuk memasuki negara Thailand/ Siam. Pihak kami akan sediakan pengangkutan serta penginapan mengikut pakej yang telah dipilih oleh pasangan.

Soalan: Bagaimana proses pernikahan akan dijalankan?

Jawapan: Pasangan akan dibawa dari Imigresen Bukit Kayu Hitam menuju ke Majlis Agama Islam Songkhla. Urusan akad nikah adalah dalam Bahasa Melayu dan lafaz akad nikah juga adalah seperti majlis akad nikah di Malaysia. Selesai urusan nikah, pasangan akan terus dibawa ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, kemudian bermalam di Hatyai atau Songkhla. Keesokan harinya kami akan menjemput pasangan dari hotel dan terus ke Pejabat Konsulat Malaysia untuk mengambil surat pengesahan. Setelah selesai semua urusan, pasangan akan pulang semula ke Malaysia bersama kami.


Soalan: Berapakah harga untuk pakej pernikahan di Thailand/ Siam?
Jawapan: Untuk PAKEJ 2 Hari 1 Malam bagi pernikahan di Thailand, kami kenakan bayaran sebanyak Rm1,800. Bayaran ini adalah termasuk kos pengangkutan & penginapan, bayaran di Majlis Agama Islam Thailand, bayaran di Pejabat Konsulat, fotostat dokumen serta makan tengah hari untuk pasangan. Termasuk semua bayaran berkaitan urusan pernikahan. Tiada sebarang bayaran tambahan. 
Soalan: Sekiranya kami memilih untuk pakej nikah balik hari pula, berapa bayarannya?
Jawapan: Untuk PAKEJ 1 Hari kami kenakan bayaran sebanyak Rm1,300. Tiada sebarang bayaran tambahan.

Soalan: Bolehkah kami dapatkan sijil nikah & surat pengesahan konsulat dalam masa satu hari?
Jawapan: Tidak boleh. Urusan nikah boleh selesai dalam masa satu hari sahaja. Namun, Pejabat Konsulat meletakkan syarat bahawa setiap surat pengesahan nikah hanya akan dikeluarkan dalam masa dua hari bekerja. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Isnin, surat pengesahan tersebut boleh diambil pada hari Selasa keesokan harinya. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Jumaat, maka pasangan perlu menunggu sehingga hari Isnin untuk mendapatkan surat pengesahan konsulat tersebut.
Soalan: Bolehkah kami bernikah pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum?
Jawapan: Boleh. Pasangan boleh memilih untuk pakej nikah balik hari yang sama. Selepas selesai urusan nikah, pasangan boleh terus pulang ke Malaysia. Semua dokumen nikah yang asal boleh di bawa pulang bersama.
Soalan: Bolehkah kami bernikah di Thailand/ Siam dan kami tidak mahu mendaftarkan pernikahan kami di Malaysia?
Jawapan: Boleh. Namun, pasangan dinasihatkan untuk mendaftar di Malaysia untuk jaminan masa hadapan suami isteri serta anak-anak (pembahagian nafkah, harta pusaka dan sebagainya). Pendaftaran nikah luar negara boleh di buat pada bila-bila masa sahaja.
Soalan: Bagaimana prosedur pendaftaran nikah di Malaysia? Adakah kami perlu bayar denda?
Jawapan: Untuk proses pendaftaran nikah di Malaysia, pasangan perlu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah (bagi kes pernikahan pertama) atau ke Mahkamah Tinggi Syariah (bagi kes poligami) untuk urusan pengesahan nikah luar negara. Setelah selesai urusan perbicaraan, mahkamah akan mengeluarkan surat perintah untuk tujuan pendaftaran. Sila bawa perintah mahkamah tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk tujuan pendaftaran. Bawa bersama semua dokumen yang asal. Sementara denda pula bergantung kepada pihak pendakwaan. Sekiranya pendakwaan dibuat, pasangan perlu membayar denda. Sekiranya tidak ada sebarang pendakwaan dibuat, pasangan tidak akan dikenakan sebarang denda. Semua ini bergantung kepada pihak pendakwaan.
Soalan: Adakah kemungkinan pernikahan di Thailand/ Siam tidak sah?
Jawapan: Kemungkinan besar pernikahan adalah tidak sah sekiranya pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Jurunikah yang tidak mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia ataupun pernikahan tersebut dilangsungkan di luar Majlis Agama Islam Thailand yang diikttiraf (Songkhla, Satun, Pattani, Yala & Narathiwat sahaja). Pasangan perlu memastikan bahawa Imam Jurunikah tersebut mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia (senarai Imam Jurunikah tersebut boleh didapati di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri serta Mahkamah Syariah seluruh Malaysia).


Soalan: Adakah akad nikah boleh dilakukan dua kali dengan pasangan yang sama. Contohnya begini; Saya dan pasangan telah bernikah di luar negara dan perkara ini tidak diketahui oleh keluarga kami. Jadi, kami telah bernikah sekali lagi di tanah air agar rahsia kami tidak diketahui oleh keluarga kami. Adakah kami boleh melakukan akad nikah dua kali?

Jawapan: Menurut fatwa ulamak, tidak ada tegahan untuk mengulangi aqad yang telah sah sama ada untuk tujuan pengisytiharan, memenuhi prosedur rasmi atau sebagainya. Para fuqahak dalam kitab-kitab Fiqh, dalam bab mahar (mas kahwin); mereka membahaskan mahar yang mana yang akan dipakai jika ada dua mahar berbeza yang disebut; satu dalam aqad yang dibuat secara tertutup dan satu dalam dalam aqad secara terbuka. Sebagai contohnya, pandangan dalam mazhab Syafi’ie; jika kali pertama ‘aqad dijalankan secara tertutup dengan menyebut mahar RM1000 dan kemudian diulangi aqad secara terbuka (untuk pengisytiharan) dengan menyebut mahar RM2000, mahar yang dipakai ialah yang disebut dalam aqad pertama iaitu RM1000”. (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, 4/161). Para fuqahak dalam perbahasan tersebut tidak mempersoalkan tentang pengulangan aqad, tetapi mempersoalkan tentang mahar mana yang hendak dipakai. Ini memberi maksud bahawa mereka mensepakati bahawa pengulangan aqad tidak dilarang atau ditegah oleh Syarak.

Soalan: Sekiranya kami pulang ke Malaysia hanya dengan sijil nikah dari Siam / Thailand, adakah kami boleh ditangkap khalwat?


Jawapan: Pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah tidak boleh disabitkan atas kesalahan khalwat. Berdasarkan pengalaman saya semasa berkhidmat di Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kes khalwat hanya boleh disabitkan sekiranya mana-mana pasangan yang berdua-duaan tanpa apa-apa dokumen nikah yang sah. Bagi pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah dari dalam negara (Malaysia) atau luar negara (Thailand, Indonesia & sebagainya) tidak boleh sama sekali disabitkan atas kesalahan khalwat.
Sebarang kemusykilan lain boleh dikemukan melalui panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas di talian +6 012-4952275 (Puan Ros / Encik Faiz)
***Semoga Usaha Kita Ke Arah Ketaqwaan Diterima Oleh Allah Subhanahu Wa Taala***

Tags: kahwin di siam, kahwin di songkhla, kahwin di thailand, kahwin lari, kahwin senyap, nikah di siam, nikah di songkhla, nikah di thailand, nikah gantung, nikah sempadan, nikah tanpa wali, poligami.

543 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 400 daripada 543   Terbaru›   Baru»
Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Prosedur permohonan poligami di Selangor & negeri-negeri yang lain mesti melibatkan isteri pertama.

Unknown berkata...

Asalam ustaz, sy bernikah ni yala pada januari 2016,sy bernikah dgn bsaksikan bapa sy dan sudah dpt surat nikah dan surat pegesahan utk konsulat.. tp shingga kini,sy masih belum pergi ke konsulat malaysia d thailand.. adekah sy perlu pergi sendiri ke konsulat utk cop surat pegesahan atau pihak ustaz boleh bantu sy utk sah kan surat nikah sy di konsulat.di sebabkan kekangan kwangan sy tbatas utk mgesahkan surat di konsulat.

Unknown berkata...

Asalam ustaz, sy dan suami telah selamay bnikah di yala bsaksikn bapa sy pada januari 2016.segala document nikah sudah dapat.. dan saya mendapat lago 1 surat memerlukan sy pergi ke konsulat untuk tujuan pgesahan.malangnya atas sebab masalah kewangan sy masih tidak dapat pergi ke konsulat malaysia di thailand untuk pengesahan.disini sy ingin mendapatkan nasihat dan bantuan pihak ustaz,adakah pihak ustaz boleh bantu sy utk megesahakn surat tersebut tanpa sy pergi ke konsulat.terima kasih

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Urusan poligami dalam Malaysia akan melibatkan isteri pertama sama ada secara langsung (kehadiran isteri) atau secara tidak langsung (surat maklum dari mahkamah kepada pihak isteri).

Unknown berkata...

kalau kita sembunyi makluman kita pada isteri pertama cmne puan?
ok ke??
kita minta bantuan dari jabatan agama untk sembunyikan boleh ke?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Pihak kami hanya boleh bantu pasangan untuk urusan pengesahan dokumen di Pejabat Konsul. Salah seorang dari pasangan MESTI hadir bersama & bawa semua dokumen yang asal untuk pengesahan serta tandatangan borang permohonan.

Faiz Muhamad berkata...

Boleh. Atas budi bicara hakim & jabatan agama.

Mohd Yunus berkata...

Assalamualaikum

Soalan
1. Saya dari Selangor ingin bernikah seorang lagi dan akan mendidik isteri kepada agama islam.
2. Bakal isteri dari Kharkov Ukraine dan akan memeluk agama islam. Ayah meninggal dunia dan ibu di Ukraine merestui perkahwinan kami.
3. Saya akan ambil pas sempadan dan bakal isteri ada pasport
4. Pakej apa perlu saya ambil
5. Setelah selesai nikah, dokumen apa diperlukan untuk pendaftaran di Malaysia dan bagaimana bakal isteri nak dapatkan penduduk tetap

Unknown berkata...

Berapa kos utk ke sana?

Faiz Muhamad berkata...

Rm1,500 untuk pakej 1. Rm1,800 untuk pakej 2. Boleh rujuk di halaman utama: www.nikahsiam-kahwinthailand.com

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

1. Harus berpoligami sekiranya mampu. Lebih-lebih lagi dengan niat untuk menjaga saudara baru.

2. Bakal isteri perlu mohon visa di kedutaan Thailand di Jalan Ampang, K. Lumpur untuk masuk ke Thailand.

3. Tuan & pasangan WAJIB mempunyai passport antarabangsa untuk masuk ke Thailand.

4. Tuan boleh ambil Pakej 2, lengkap semua dokumen untuk tujuan daftar dalam malaysia (Pakej 2 hari 1 malam).

5. Setelah selesai urusan daftar nikah di Malaysia, pasangan boleh terus mohon visa kahwin/ visa ikut suami di Jabatan Imigresen untuk menetap dalam Malaysia.

Cs berkata...

Assalamualaikum ustaz. Umur kami masing2 20 dan 19. Yup masih muda. Adakah prosedurnya sama ? Hanya perlukan ic n passport sahaja ? Minta keterangan.

Cs berkata...

Assalamualaikum ustaz. Umur kami masing2 20 dan 19. Yup masih muda. Adakah prosedurnya sama ? Hanya perlukan ic n passport sahaja ? Minta keterangan.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Prosedur masih sama. Kecuali pasangan bawah umur 18 tahun sahaja perlu hadir bersama ibu atau bapa.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya berkenaan kes nikah & cerai di thailand. Saya dan bekas suami telah bernikah di Majlis Agama Islam Songkhla dan telah membuat pengesahan di konsulat Malaysia pada tahun 2012. bagaimanapun pernikahan tersebut tidak didaftarkan di pejabat agama negara ini.
Pada tahun 2014, kami bercerai dan telah mengesahkan perceraian di Majlis Agama Islam Songhkla, tapi masih belum membuat pengesahan di konsulat Malaysia.
Kami telah dikurniakan anak yang kini berusia 2 tahun ke lebih.
Persoalannya, bagaimana untuk mendaftar di mahkamah syariah,adakah saya perlu daftar perkahwinan atau sekadar mendaftar perceraian. Bagaimana pula cara untuk saya menuntut hak penjagaan anak di mahkamah?
Untuk pengetahuan ustaz saya adalah seorang penjawat awam. Saya ingin mendapatkan hak anak saya untuk dia bersekolah dan pengesahan statusnya di negara ini.
Saya mohon pencerahan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum , Nak tanya sy bernikah di songhkla bulan lepas tapi masih belum buat pengesahan di konsulat malaysia kerana kejar masa untuk pulang. Berapa lama tempoh untuk sy buat pengesahan di konsulat dari tarikh sy kawin?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz...
Mcmn saya nak dptkan balik.sijil.nikah siam saya.hilang...dan.disebabkan.hilang sijil lahir anak.saya hanya ada maklumat ibu sahaja dan ber bin kan Abdullah...apa yg perlu saya buat ustaz..kalau nak pergi ambik salian balik saya tak tau ustaz..nikah 2005
Dan dah sahkan oleh pej.agama..
Cuma masalahnya skrg nak dptkan sijil yg hilang tu...

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Puan WAJIB daftarkan nikah & daftarkan cerai di pejabat agama malaysia untuk sahkan status anak, untuk dapatkan hak jagaan anak & tuntutan nafkah.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Sijil nikah dari majlis agama islam thailand tidak ada tarikh luput. Boleh buat pengesahan di konsulat & daftar nikah dalam malaysia pada bila-bila masa sahaja.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk dapatkan sijil nikah yang baru boleh pergi semula ke majlis agama islam yang sama. Boleh mintak pegawai semak semula salinan tahun 2005 & keluarkan sijil nikah baru. Cuba perlu sediakan bayaran Bht4,500 atau Rm550 sahaja. Sekiranya puan telah bernikah di luar majlis agama islam yang diiktiraf, rekod pernikahan puan tidak akan dapat di kesan.

Tanpa Nama berkata...

Sy ingin berkahwin di sokhla. Tetapi sy ada terbaca jika kawin tanpa pengetahuan wali. Perkahwinan tak sah. Kami dah cuba minta kbnaran wali untuk kawin di malaysia tetapi wali tak bagi. Adakah sah perkhwinan kami di thailand?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz sijil nikah thai saya hilang mcm saya nak dapatkan salinan yg baru...

Tanpa Nama berkata...

Jikalau rekod perknikahan tak dpt di kesan...apa perlu saya buat ustaz

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas pencerahan ustaz.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz...saya nak tanya saya dah bernikah kat siam 2005 dah pada tahun tu juga saya pergi daftar kat pej agama ..tapi masalah skrg sampai skrg kenapa tak siap2 lagi saya punya kes... dan sijil nikah saya mmg dah disahkan yg betul ...

Faiz Muhamad berkata...

Kemungkinan sijil nikah tidak sah. Perlu ulang semula proses akad nikah & dapatkan pengesahan dokumen di pejabat konsulat malaysia di songkhla.

Faiz Muhamad berkata...

Pernikahan adalah sah sekiranya mengikut rukun & syarat sah nikah seperti yang tertera dalam majlis fatwa kebangsaan berkenaan kahwin lari di selatan thailand. Boleh rujuk di laman web jabatan kemajuan islam malaysia (jakim): www.islam.gov.my (bahagian fatwa).

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk dapatkan sijil nikah yang baru boleh pergi semula ke majlis agama islam yang sama. Boleh mintak pegawai semak semula salinan & keluarkan sijil nikah baru. Cuba perlu sediakan bayaran Bht4,500 atau Rm550 sahaja. Sekiranya puan telah bernikah di luar majlis agama islam yang diiktiraf, rekod pernikahan puan tidak akan dapat di kesan. Kemungkinan sijil nikah tidak sah. Perlu ulang semula proses akad nikah & dapatkan pengesahan dokumen di pejabat konsulat malaysia di songkhla.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Mungkin ada kesilapan teknikal di pejabat agama. Boleh rujuk semula dengan pegawai yang bertugas.

najwa berkata...

Assalamualaikum ustaz
Saya telah bnikah di thaild 2014 scara sah tapi blom mdftrkn pnikah kami di malaysia.kami jugk sudah mperolehi seorg anak dan bleh didaftarkn nama anak di Jpn..
Sekarang keluarga sudah tahu dan meminta kami untak mengadakan kenduri kawin mengikut adat seperti biasa..
Soalan saya, bolehkan kami megadakan akad nikah lagi sekali ketika hari majlis perkahwinan kami nanti?

najwa berkata...

Assalamualaikum ustaz
Saya telah bnikah di thaild 2014 scara sah tapi blom mdftrkn pnikah kami di malaysia.kami jugk sudah mperolehi seorg anak dan bleh didaftarkn nama anak di Jpn..
Sekarang keluarga sudah tahu dan meminta kami untak mengadakan kenduri kawin mengikut adat seperti biasa..
Soalan saya, bolehkan kami megadakan akad nikah lagi sekali ketika hari majlis perkahwinan kami nanti?

jheffyazid berkata...

asalammualaikum ustaz...saya warga malaysia ingin berkhawin dgn warga filipina tetapi perempuan nie tiada document diri kerana anak yatim piatu yang dijaga oleh orang lain...boleh ke saya minta dia dapatkan passport filipina dan seterusnya berkhawin di situ?
JADI,dokumen apa yang diperlukan oleh pihak perempuan supaya pkhawinan kami berjalan lancar?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Saya nasihatkan puan & suami tak perlu buat permohonan nikah semula.

Puan mesti daftarkan nikah dengan kadar segera. Dari segi perundangan Malaysia pernikahan puan & suami masih dikira tidak sah.

Sekiranya puan & suami buat permohonan nikah semula dengan tarikh baru, secara automatik pernikahan pertama terbatal dari segi perundangan. Anak yang sudah lahir tahun 2014 kemungkinan akan hadapi masalah dokumentasi di masa-masa yang akan datang.

Sebagai contoh;

Tarikh lahir anak dalam sijil nikah: 31 Ogos 2014.

Tarikh akad nikah dalam sijil nikah yang sah: 31 Ogos 2016.

Jadi, semua anak yang lahir sebelum tahun 2016 akan hadapi masalah dokumentasi dengan jabatan-jabatan kerajaan. Harap puan jelas.

Sekiranya masih terdapat sebarang kekeliruan puan boleh terus rujuk di mana-mana pejabat agama daerah yang terdekat.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.
Saya cadangkan tuan rujuk dengan jabatan imigresen terdekat.
Untuk akad nikah di Majlis Agama Islam Songkhla (Thailand) & berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Malaysia mesti mempunyai semua dokumen pengenalan diri yang lengkap.

Tanpa Nama berkata...

asamualaikum ustaz..sy telah mnikah dichanlun kedah smpdan siam..dgn kadi dr thailnd, 2 org saksi tmasok pk mntua sy..sijil nikah suma diorg uruskn..slpas mnikah sbuln, sy blik perak..Jabtan agama islam bdekatn dtg krumh km..tp sjil nikah km xambk lg di chanlun,sbb suami sy perlu bkerja,jd km xdpt nk buktikan apa2.pda msa yg sma jga km ada btiga msa tu, tmsok adk prmpuan sy..xlma km mnerima surat mahkmah syariah dn mnyuruh km hadirkn diri..skrg ni ustaz, apakah tindakn kes km ni? @ adakah tmsok kes ditgkp khalwat jgk??

Tanpa Nama berkata...

mnikah di chanlun, dh dpt sijil nikah..tp km xdpt dftarkn kolsunat thailnd sbb msalah kwangan..mnikah 2013, jd nk dftarkn pkhwinan dimlysia pon km xboley lg..di sni sy nk tnya pda ustaz, boley kah km mmnta tlong pihak bdftar mysia uruskn kolsunat thailand tnpa km pergi ke sna...

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Saya cadangkan tuan & pasangan bernikah semula secara sah di Majlis Agama Islam Thailand yang diiktiraf kerajaan Malaysia (Songkhla/ Pattani/ Satun/ Yala/ Narathiwat).

Nikah sindiket secara begini tidak sah dari segi hukum Islam & perundangan Malaysia. Tidak ada Imam-imam Majlis Agama Islam Thailand yang akan nikahkan pasangan di luar majlis agama islam yang di atas. Saya yakin tuan & pasangan cuma telah ditipu sindiket yang tidak bertanggungjawab. Tuan & pasangan boleh didakwa berkhalwat & bersubahat dalam pemalsuan dokumen.

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum ustaz..sy nk btnya pda ustaz, kwn sy dan suaminya telah dinikahkn di songkla, kwn sy mmberitahu mreka mmasuki thailand tnpa pasport dgn urusn kwn2 suaminya..mreka dinikahkn di sbuah rumh knalan dr sna kwsan songkla, mreka jga mnerima sijil nikah cuma tdk mmbuat pgesahan kolsunat sna sbb msalah kwangan..mereka jgk tdk mndftar lg dimlysia sbb tkot didenda jumlah yg xmmpu dibyr..sy nk tnya ustaz, adakah sijil nikah mereka sah sbb msok sna scara gelap...

Tanpa Nama berkata...

7 ogos 2016 km btiga dimnta hdirkn dri dimhkamh syariah, stelah sy tahu sijil nikah nikah khwin dichnlun ini tidak sah, apakh km kna mgaku bsalah ditgkp khalwad smasa prbicaraan nnty,bgaimna risiko denda yg km akan km trima? Dan lg prtnyaan sy ustaz...adakah km dimnta nikah smula scara sah di thailand @ dlm mlysia shaja?? Sy mahu pncerahan dr ustaz...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz, sy berminat dengan pakej yg ditawarkan..persoalan sy:
1. Perlukah sy membuat pasport antarabangsa utk nikah di Thailand? Atau sekadar gunakan pas lawatan jika ic sy ialah 02 iaitu lahir di Kedah.
2. Disebabkan kekangan masa, kami terpaksa memilih pakej 1 hari..Utk pakej ini, adakah kami tidak akan mendapat surat pengesahan daripada konsul. Bagaimana utk dapatkan surat daripada konsul jika kami memilih utk pakej 1 hari? Terima kasih ustaz..

Tanpa Nama berkata...

Perlukah kedua2 suami isteri ke konsulat semasa proses pengesahan tersebut? Terima kasih ustaz...

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum..klu mnikah disogkla tp msok tnpa pasport dgn mgunakan ajen adakah nnty bla k' knsulat thailand sijil nikah itu sah @ tidak...sy byk dngar rmai psangan untk mnikah sna mmasuki thailand tnpa psport...

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Saya cadangkan tuan & pasangan bernikah semula secara sah di Majlis Agama Islam Thailand yang diiktiraf kerajaan Malaysia (Songkhla/ Pattani/ Satun/ Yala/ Narathiwat).

Nikah sindiket secara begini tidak sah dari segi hukum Islam & perundangan Malaysia. Tidak ada Imam-imam Majlis Agama Islam Thailand yang akan nikahkan pasangan di luar majlis agama islam yang di atas. Saya yakin tuan & pasangan cuma telah ditipu sindiket yang tidak bertanggungjawab. Tuan & pasangan boleh didakwa berkhalwat & bersubahat dalam pemalsuan dokumen.

Faiz Muhamad berkata...

Untuk kes khalwat denda maksimum Rm1,000, atau penjara maksimum 6 bulan, atau kedua-duanya. Lepas selesai hukuman pasangan bebas sama ada mahu bernikah atau tidak. Tiada undang-undang yang boleh memaksa mana-mana pasangan untuk bernikah.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

1. Boleh buat passport atau pas sempadan di pejabat imigresen.

2. Untuk maklumat lanjut pakej 1 hari & pakej 2 hari 1 malam boleh semak di halaman utama.

Faiz Muhamad berkata...

Salah seorang mesti hadir.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Sijil nikah tanpa lampiran dokumen perjalanan yang sah (passport atau pas sempadan) tidak akan diktiraf pejabat konsulat & kerajaan malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Salam ustad saya ingin bertanya kes kakak saya,, dia diceraikan suami talak 3.. Kemudian dia berkahwin lagi dengan suami org di thailand. Tetapi suami dia sudah melafazkan cerai pada dia tapi mereka tidak berdaftar di Malaysia dan kakak sedang mendaftar cerai di thailand. Dalam masa sama bekas suami tahun keadaan ini.. Dia mahukan kakak saya semula. Apa yg perlu kakak saya laku kan untuk buktikan di malaysia yanh dia sudah berkahwin dan bercerai di malaysia? Adakah denda akan dikenakan dan berapa? Boleh kah sijil cerai thailand di malaysia digunakan dimalaysia utk berkahwin semula dgn bekas suaminya?

Unknown berkata...

Assalammualaikum, bolehkah sy nikah di di Malaysia, contoh sempadan rantau panjang. Dan tok kadinya datang dari Thailand kemudian mereka akan daftarkan nikah kami di Thailand. Maksudnya kami x perlu ke Siam.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh buat permohonan nikah macam biasa tidak ada masalah. Bawak semua sijil nikah & sijil cerai yang asal dari majlis agama islam thailand.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Tidak boleh sama sekali. Tidak ada imam dari Majlis Agama Islam Thailand yang akan akad nikah pasangan di luar wilayah Thailand. Sekiranya ada, itu cuma sindiket penipuan semata-mata. Hukumnya tidak sah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz..sya dan suami bernikah ni Songkhla pada Mac 2014 ..tp kami tk dpat ke konsulat utk pengesahan (atas masalah tertentu) dan masih lg blum daftar di malaysia .Docu yg ada pada kami hanyalah sijil nikah dari MAIS .Sye difahamkan perlu ke masjid songkla semula ..

Soalan sye
1.perlu ke sye ke masjid songkla utk pengesahan bru ? Atau trus saja ke konsulat thailand dan bawa saja sijil nikah bersama ?

Mohon pencerahan ..trima kasih .

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Tuan/ puan perlu pergi semula ke Majlis Agama Islam Songkhla dapatkan pengesahan baru. Kemudian, terus ke pejabat konsulat buat pengesahan semua dokumen nikah.

Unknown berkata...

Assalamualaikum... sya menikah 2009... tpi smpai skarg blum daftarkan lgi pernikahan kmi... suami mcm endah x endah soal pegesahan kawin kmi... sya di bwa berkahwin oleh spupu suami saya di rumah adik bradiknya di songkla... walihakim saya katanya iman kampung. itu... sya xtahu sah atau tidak wali hakim yg nikahi kami itu...

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Puan boleh rujuk semula di majlis agama islam wilayah (sama ada songkhla/ pattani/ narathiwat/ yala/ satun).

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz..hrap ustaz dpt membantu saya,sya dan iateri bernikah di luar negara (thai) pda 7/9/2015 dah setahun hasil pernikahan kami..bru sekarang isteri sya mengandung 1bulan..adakah akan jdi msalah di hospital kerajaan bila mengunakan sijil nikah luar negara untuk beranak..
Dan lagi satu ustaz sya nk mendaftar pernikahan di mna sya perlu pergi dhulu jbtan agama islam atau mahkamah rendah syarie

soleha berkata...

salam..pasangan sy orng bnagladesh memegang permit kerja ..boleh ka kami bernikah di thailand...

soleha berkata...

salam..pasangan sy orng bnagladesh memegang permit kerja ..boleh ka kami bernikah di thailand...

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. JPN tak terima sijil nikah dari thailand untuk urusan daftar anak. Apa yang tuan perlu buat; daftar nikah tersebut dalam malaysia. Selesai urusan daftar & dapat sijil nikah malaysia, tak ada masalah untuk urusan daftar anak di JPN.

Untuk daftar nikah dalam malaysia, suami & isteri mesti hadir di mahkamah & pejabat agama sekurang-kurangnya 3 kali.
Pertama, hadir bicara di mahkamah.
Kedua, hadir untuk dengar keputusan perbicaraan.
Ketiga, hadir untuk permohonan daftar di pejabat agama.
Proses ambik masa 3 - 6 bulan biasanya.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh nikah di thailand tetapi dokumen nikah tidak boleh disahkan pejabat konsulat & tidak boleh mendaftar di jabatan agama islam malaysia atas sebab peraturan kerja & dasar kerajaan terhadap pekerja asing di malaysia (kecuali permit kerja profesional seperti pensyarah dan lain-lain).

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum..ustaz,sya dah berkahwin di indonesia,tetapi tdak mndpat kbenaran dri jbtan agama di malaysia terlebih dahulu,angkat nikah dilakukan oleh Abgnya sndiri oleh kerana bapanya sudah meningal,saksi tediri dr tok imam dan ustaz2 di situ..
Bleh dikatakan kwin dibawah tagan.. ustaz apa yg perlu sya lakukan utk mndaftar di sini..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz..ustaz sy nk tnya mcm mna klau sy nk menikah dekat thailand..tetapi pasangan sy warga asing..boleh ke sy nk daftar di malaysia nnti..dan dia pegng pasport kerja...terima kasih ustaz

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Pernikahan sebegini tidak dapat didaftarkan dalam malaysia. Cara terbaik: nikah semula di pejabat agama islam yang diiktiraf kerajaan malaysia. Kemudian, dapatkan pengesahan dari konsulat atau kedutaan malaysia.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk warga asing yang tinggal di malaysia menggunakan permit kerja tidak dibenarkan sama sekali untuk daftar perkahwinan dalam malaysia. Walau apa pun, pasangan masih boleh bernikah di majlis agama islam thailand.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz, sy cuma nak pastikan selepas bernikah di Thailand, kami ingin mendaftar di Johor. di atas kes poligami, adakah isteri pertama suami sy akan di panggil. kerana dr apa yg sy tau tidak semua negeri yg akan panggil isteri pertama. adakah di Johor isteri pertama akan dipanggil. sy kalau boleh tidak mahu isteri pertama suami sy tahu.

Tanpa Nama berkata...

Hamba Allah

Assalamualaikum...Tuan saya ingin bertanya..saya telah pun bernikah di Songkhla dan proses pendaftaran nikah di Malaysia sedang berjalan dan belum selesai. Sekiranya berlaku penceraian di antara saya dengan isteri yg di nikah di songkhla ni...apa yg patut saya lakukan kerana pendaftaran pernikahan tersebut belum ada di Malaysia.

Harap mendapat penjelasan tuan.

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz, sy dh bernikah di songkla pd tahun 2013..masa tu niat kami hanya utk halalkan hubungan untuk elak maksiat..kami msih student ketika itu.. tp kami xdftarkn di konsulat.. terus blk selepas selesai akad nikah.. slepas 7 bulan nikah,sijil nikah kami hilang sebab perompak masok rumah dan curi beg laptop.. semua dokumen nikah ada dlm tu..sy nak tnya boleh x lg kita nk dpt kn blk sijil nikah tu dkt sana.. tp sy blom daftar konsulat di sana.. sekarang dh dkt 3 tahun sy nikah

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Kebiasaannya hakim akan panggil wali asal perempuan (ayah) & isteri pertama (bagi kes poligami). Sebaiknya bersedia.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Saya cadangkan buat urusan cerai di majlis agama islam songkhla.

Selesai urusan cerai, terus buat pengesahan dokumen di pejabat konsulat malaysia di songkhla.

Semua urusan & dokumen lengkap boleh selesai dalam masa 2 hari keja (isnin - khamis).

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Untuk dapatkan sijil nikah yang baru boleh pergi semula ke majlis agama islam yang sama. Boleh mintak pegawai keluarkan sijil nikah baru. Perlu sediakan bayaran Bht4,500 atau Rm550 sahaja. Sekiranya tuan/puan telah bernikah di luar majlis agama islam yang diiktiraf, rekod pernikahan puan tidak akan dapat di kesan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz...
Saya sudah menikah di thailand selama 8 bulan, jika sya mengandungkan anak, nama anak bin@binti kan ap ya ustaz??

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. MESTI daftar nikah di Jabatan Agama Islam Malaysia sebelum daftar anak di JPN untuk binkan anak tersebut dengan ayahnya.

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz ..kami bercadang untuk bernikah di thailand ..bolehkan seorg anggota masuk thailand tanpa surat pelepasan dr pihak pdrm?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Untuk masuk ke thailand hanya perlu bawak passport antarabangsa atau pas sempadan sahaja. Untuk anggota polis & tentera boleh bernikah di majlis agama islam songkhla, thailand seperti biasa. Tetapi hanya boleh daftar dalam malaysia selepas tamat perkhidmatan atau pencen. Ini hanya prosedur dari jabatan polis & tentera sahaja.

Aku Cik Bunga berkata...

Assalamualaikum ustaz.
Di sini sy ada sedikit persoalan. Sy telah berkahwin dgn suami sy pd Januari 2010 di Thailand. Dan ketika sy hamil pd 2012, kami telah mghantar pmohonan utk mdaftar di Malaysia. Permohonan diuruskan ejen. Ejen bg surat kebenaran utk urusan sijil kelahiran ank dan juga tarikh utk ke mahkamah. Tp kami tdk hadir ke mahkamah atas sbb yg tak dpt di elakkan. Kami telah maklumkan kpd ejen, dan ejen ckp ok. Februari 2015, suami sy d tahan polis atas kesalahan jenayah dan di penjarakan sehingga skrg. Sy telah meminta suami utk mlepaskan sy. Skrg sy tdk tahu ttg status perkahwinan sy samada bdftr dgn Malaysia atau tdk. Dan sekiranya sy ingin mbuat tuntutan fasakh adakah sy perlu merujuk ke jabatan agama di sini atau sy perlu ke jabatan agama d Thailand? Sy tdk mpunyai sijil dftr di Malaysia. Hanya surat akuan utk sijil kelahiran ank sahaja. Hrp pihak ustaz dpt mberi sedikit pndgan ttg kes sy. Terima kasih ustaz.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Puan boleh semak status daftar nikah di mana-mana pejabat agama islam daerah yang terdekat. Sekiranya tidak ada rekod daftar nikah dalam jabatan agama islam malaysia, puan kena mohon fasakh di majlis agama islam thailand.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz.

saya sudah berkhawin di MAIS pada bulan lepas dn mempunyai sijil nikah dr pjabat agama dan konsulat. jadi saya ingin bertanya kpd ustaz sekiranya saya dan suami ditangkap khalwat, adakah kami akan dikenakan denda pada msa itu?? atau adakah denda hanya dikenakan ketika ingin mndftar di Malaysia?

terima kasih ustaz .

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Tuan/puan mungkin akan dikenakan denda serta merta sekiranya disabitkan bernikah luar negara tanpa kebenaran.

Denda maksimum Rm1,000 seorang. Boleh buat rayuan. Ada pasangan yang dapat diskaun 80% lepas rayuan (cuma perlu bayar rm200 sahaja), ada pasangan yang dapat diskaun 50% & diberi tempoh hingga 2 tahun untuk jelaskan denda & ada pasangan yang dikecualikan denda selepas rayuan. Atas budi bicara hakim & kemampuan setiap pasangan.

Apa yang penting; DAFTAR NIKAH DENGAN KADAR SEGERA UNTUK JAMINAN MASA DEPAN SUAMI ISTERI SERTA ANAK-ANAK.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Bakal isteri tidak boleh keluar negeri. Boleh urus nikah diutara?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Tidak boleh sama sekali. Tidak ada imam dari Majlis Agama Islam Thailand yang akan akad nikah pasangan di luar wilayah Thailand (sama ada di sempadan kedah/ perlis/ perak atau kelantan). Sekiranya ada, itu cuma sindiket penipuan semata-mata. Hukumnya tidak sah.

Akad nikah yang sah dari segi hukum syarak hanya daripada imam yang bertauliah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. .sy nk tanya,sy dh nikah disiam dan ade sjil pengesahan. .mslh skrg sy dah mngandung,blh ke sy dftar srat branak ank sy nanti bin suami?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. JPN tak terima sijil nikah dari thailand untuk urusan daftar anak. Apa yang puan perlu buat; daftar nikah tersebut dalam malaysia secepat yang mungkin. Selesai urusan daftar & dapat sijil nikah malaysia, tak ada masalah untuk urusan daftar anak di JPN.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz , saya ada soalan nak tanya.
1) Pada Mac 2016 saya telah berkahwin dgn suami org sebagai isteri ke2 tanpa pengetahuan isterinya. Mulanya kami rancang uyk berkahwin di sepadan Thailand namun dia terlalu sibuk dgn kerjanya. Akhirnya kami berkahwin di rumah saya di Kedah . Kadi dan seorg kwn dari Thailand yg dtg ke rumah . Saya dinikahkan oleh bapa saya sendiri. Sijil nikah kami dikeluarkan oleh konsulat Thailand semua diuruskan oleh kawan suami saya. Kami mmg tidak bercadang utk daftarkan pernikahan kami demi menjaga hati isteri pertamanya. Adakah sah pernikahan kami? Saya ada baca blog tuan tapi masih belum temui jawapan. Klu diceraikan , suami bgtau hanya perlu lafazkan kat saya n akan bakar semua sijil pernikahan kami . Adakah betul tindakan suami saya?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Antara rukun nikah yang 5 adalah wali. Sama ada wali ayah atau wali hakim. Dalam kes ni wali ayah ada & tidak perlu kepada wali hakim atau imam jurunikah import (Thailand).

Jadi, nikahnya sah dari segi hukum syarak.

Namun, dokumen nikah tetap dikira sindiket & pemalsuan dokumen semata-mata. Tidak ada imam jurunikah yang bertauliah dari mana-mana majlis agama islam thailand sama ada Songkhla atau Pattani atau Satun atau Yala atau Narathiwat yang akan bersubahat untuk keluarkan sijil nikah sebegini cara.

Sekiranya suami lafaz cerai, hukumnya sah & jatuh talak.

Sama seperti orang tua-tua zaman dulu-dulu nikah di kampung. Nikahnya tidak ada sijil. Cerainya tidak ada sijil. Rujuknya pun tidak ada sijil. Tapi hukum syaraknya tetap dijaga.

asnah berkata...

Assalamualaikum Ustaz, adakah kesalahan bernikah di luar negara tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan penjara? Saya mohon pencerahan kerana bekerja di jabatan kerajaan dan risau dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman berbentuk tindakan penjara. Kalau denda untuk wanita adalah RM1000, bolehkan majikan kenakan tindakan buang kerja?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Secara umumnya; denda maksimum untuk kes poligami rm3,000 bagi 1 kes.
Rm2,000 maksimum atas suami (kesalahan nikah luar negara tanpa kebenaran & poligami tanpa kebenaran)
Rm1,000 maksimum atas isteri (kesalahan nikah luar negara tanpa kebenaran).

Tindakan tatatertib sehingga buang kerja boleh rujuk dari Perintah Am atau Pekeliling Am Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Ustaz,
Saya lelaki warga Malaysia ingin berpoligami dengan wanita warga Indonesia di Thailand. Insya Allah bakal menggunakan khidmat Ustaz jika tiada kerumitan perundangan Malaysia.
Soalan:
1. Selepas selesai pernikahan di Thailand, di negeri manakah saya perlu mendaftar pernikahan kami di Malaysia?

2. Semasa proses pendaftaran nikah di Malaysia, adakah isteri pertama akan diberitahu oleh pihak Mahkamah Syariah? Jika ya, adakah cara untuk merahsiakan pernikahan ini daripada isteri pertama?

3. Adakah perbicaraan/hukuman dikenakan serta-merta atau harus menunggu sekian tarikh?

4. Adakah kami perlu mendaftar pernikahan di Indonesia juga?

5. Bagi urusan Jabatan Imigresen Malaysia, adakah menjadi syarat mesti mendaftarkan pernikahan di Malaysia terlebih dahulu sebelum membuat permohonan melanjutkan tempoh visa isteri?

Sekian, terima kasih.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

1. Urusan daftar nikah boleh buat ikut alamat IC atau alamat tempat tinggal semasa.

2. Isteri pertama tidak akan dimaklumkan.

3. Denda perlu dibayar lepas selesai semua urusan pengesahan/ daftar nikah nanti.

4. Boleh juga untuk daftar di indonesia untuk sebarang urusan rasmi dengan kerajaan indonesia kemudian hari.

5. Untuk lanjutkan visa/ permohonan visa kahwin mesti selepas selesai urusan daftar nikah dalam malaysia.

Mohon maaf atas kelewatan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan boleh terus hubungi telefon kami.

Unknown berkata...

salam tuan..sy tlh menikah dgn istri warga indonesia jan 2016 di songkhla dan kami tidak membuat surat pngesahan di sna karna masa tu istri visa pkerja..
-jadi sah kah pernikahan kami hnya mndptkn sijil tnpa ada pngesahan?
-skrg istri visa pelancong,jadi dimanakah kami harus buat pngesahan,di malaysia atau di songkhla tmpt kami menikah?
-haruskah kami pergi ke masjid di sna dulu sebelum pergi ke konsulat malaysia?
-apabila tidak mendftrkn di negara istri sy,hnya mndftrkn di mlaysia shaja apakh pernikahan kami tidk sah di sisi undang2?apakh yg harus kami lakukan?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam.

Pernikahan sudah sah dari segi hukum syarak sekiranya menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak & Majlis Agama Islam Songkhla.. Boleh terus buat pengesahan di Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla.

Sekiranya ingin menetap di Malaysia, mesti daftar nikah dalam malaysia untuk semua urusan rasmi dengan jabatan kerajaan.

Sekiranya ingin menetap di Indonesia, mesti daftar nikah dalam Indonesia untuk semua urusan rasmi dengan jabatan kerajaan.

Unknown berkata...

Jika ingin mntp di mlysia Jadi sy hrus Selesaikn urusan dftr nikah dlu bru istri boleh apply visa ikut suami..tp istri hnya Dpt 1 bln shja dgn visa melancong tu sdngkn daftr amik masa 3-6 blan bru selesai..mhon tuan bgi cdangan..

Syu berkata...

assalamualaikum ..ustaz bagaimana process untuk nikah secara poligami di songkla adakah sama..dan tidak rumit..

Faiz Muhamad berkata...

Boleh mohon lanjutkan visa selagi kes penesahan nikah masih berjalan.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Lafaz akad nikah dalam bahasa melayu. Bakal suami perlu bawa IC & passport. Bakal isteri perlu bawa IC, passport & surat cerai yang asal (sekiranya janda). Itu sahaja.

Unknown berkata...

Sy fham..terima kasih tuan

mek as berkata...

syah....masalah adik syah sama dengan masalah yg akak alami...boleh tau x macam mane kesudahan masalah ni...ada pergi kat pej agama daerah x...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz.saya merupakan seorg janda,ingin bernikah menggunakan wali hakim dgn pasangan yg merupakan seorg duda.setelah bernikah kelak, bagi urusan pendaftaran nikah di Msia, adakah ayah saya akan dipanggil ke mahkamah? Terima kasih

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Kebiasaannya hakim akan panggil wali asal perempuan (ayah). Sebaiknya bersedia. 

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum
Ustaz sy dan isteri pertama bnikah di krabi thailand pd 2013.kmudian sy telah bnikah lg dgn isteri ke 2 di pjabat agama perak.sy dan isteri 1 blom daftar nikah di malaysia hgg kini.ptanyaan sy adlh jika sy daftar nikah dgn isteri 1 sy di Malaysia nnt bagaimana kesan ats pnikahan sy dgn isteri ke2? Sbb Masa nikah dgn isteri no2 di perak sy telah mnyatakan sy bujang.

Tanpa Nama berkata...

Satu lg sy nk tnye adakah pejabat agama islam di krabi tidak di iktiraf..jd bgaimana cara sy ingin mndaftarkn pnikahan pertama sy di malaysia.semasa kami masuk thai hanya sy yg mmpunyai passport pjlnan yg sah mnakala isteri msuk thai tnpa passports.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz.boleh saya tahu apa tujuan hakim memanggil wali asal tersebut? Bolehkah hakim membatalkan pernikahan sekiranya ayah tidak mahu hadir ke mahkamah (kerana tidak izinkan kami bernikah sejak awal lagi)?

Tanpa Nama berkata...

Assalam.. Sy ad bbrp prkara hndak brtnye kpd en brkaitan tuntutan cerai. Sy & suami dh 2 thn brkhwin..kmi nikh d mjlis agma islm wilyh yala thailnd pd mei 2014. Slma 2 thn brkhwin sy tdk mndpt nfkh drpd suami. Jd skrg sy hndk mnntut faskg drpd si suami. Mslh skrg prnikhn kmi blm d dftrkn d msia. Jd mcm mna ye caranya utk sy mnntut cerai dr suami? Mohon pnjelasan dr en.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Pernikahan di Majlis Agama Islam Krabi tidak diiktiraf kerajaan Malaysia. Pernikahan kedua di Pejabat Agama Islam Negeri Perak tidak menjadi apa-apa masalah. Surat akuan bujang sekadar adat & prosedur yang tidak boleh dielak.

Faiz Muhamad berkata...

Pernikahan di Pejabat Agama Islam Krabi tidak diiktiraf kerajan Malaysia, sekaligus tidak dapat disahkan atau didaftarkan dalam Malaysia. Perlu akad nikah semula ikut perundangan Malaysia. Untuk makluman, kerajaan Malaysia hanya mengiktiraf 6 Majlis Agama Islam sahaja: Songkhla, Satun, Pattani, Yala, Narathiwat & Bangkok.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Wali nasab dipanggil sekadar untuk makluman & pengesahan jarak wali semasa majlis akad nikah dibuat.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Puan perlu pergi ke Majlis Agama Islam Wilayah Yala & buat tuntutan fasakh. Dalam masa 30 - 40 hari Majlis Agama Islam Yala akan keluarkan surat cerai (sekiranya aduan fasakh diterima). Maklumat selanjutnya akan dimaklumkan oleh pegawai di sana nanti.

Tanpa Nama berkata...

Selepas Majlis Agama Islam Yala mengeluarkan surat cerai tersebut adakah saya dikira sah bercerai dgn suami atau bagaimana ye? Perlu ke saya & suami naik mhkmah ?

Faiz Muhamad berkata...

Surat cerai dari Majlis Agama Islam Yala MESTI disahkan di Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla. Tak perlu daftar sebab tak ada rekod nikah dalam Malaysia. Sah guna pakai untuk apa-apa urusan rasmi dengan jabatan kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Sy sendiri yg perlu serahkan sendiri di Konsulat atau majlis agama islm Yala yg akan hntar ke sana utk d sahkan?

Unknown berkata...

Ada apa2 yg perlu dibawa utk tujuan mndaftar prkhwinan? Dan apakah denda yg bakal dikenakan? Minta tolong sangat.. saya buntu..

Faiz Muhamad berkata...

Pemohon MESTI hadir untuk semua urusan rasmi di Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.

Unknown berkata...

Salam ustaz..sy nak tanya adakah sah nikah berwalikan tahkim disebabkan wali nasab berada lebih dpd 90km dpd jarak akad nikah dilangsungkan..pasangan telah bertahkim kpd seseorang yang boleh dipercayai sblm wali tersebut mengakadnikahkan mereka dgn disaksikan 2 org saksi..tujuannya adalah untuk mghalalkan hbungan tnpa pengetahuan keluarga..adakah sah?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Rukun nikah ada 5. Pertama: wali. Sama ada wali ayah atau wali hakim.

Wali hakim mesti dilantik khas melalui Jabatan Agama Islam Negeri (Malaysia) atau Majlis Agama Islam Wilayah yang diiktiraf (Thailand).

Sekiranya tidak, akad nikah adalah tidak sah mengikut Mazhab Syafie (Malaysia, Thailand, Indonesia).

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz... Saya ingin bertanya, saya telah bernikah dengan suami saya pada 20/8/2016 di thailand..suami saya berasal daripada thailand..soalan saya, apabila saya daftar nikah di malaysia nanti, adakah kami berdua akan dikenakan denda atau hanya saya seorang sahaja? Dan bagaimanakah cara-cara untuk mendaftar nikah nanti? Mohon ustaz memberi penjelasan... Terima kasih

Faiz Muhamad berkata...

Untuk proses pendaftaran nikah di Malaysia, pasangan perlu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah (bagi kes pernikahan pertama) atau ke Mahkamah Tinggi Syariah (bagi kes poligami) untuk urusan pengesahan nikah luar negara. Setelah selesai urusan perbicaraan, mahkamah akan mengeluarkan surat perintah untuk tujuan pendaftaran. Sila bawa perintah mahkamah tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk tujuan pendaftaran. Bawa bersama semua dokumen yang asal. Sementara denda pula bergantung kepada pihak pendakwaan. Sekiranya pendakwaan dibuat, pasangan perlu membayar denda. Sekiranya tidak ada sebarang pendakwaan dibuat, pasangan tidak akan dikenakan sebarang denda. Semua ini bergantung kepada pihak pendakwaan.

Tanpa Nama berkata...

Utk dptkan pengesahan tersebut berapa hari sy perlu tunggu? Atau on the spot trus dpt pngesahan?

Faiz Muhamad berkata...

Pejabat Konsulat meletakkan syarat bahawa setiap surat pengesahan nikah hanya akan dikeluarkan dalam masa dua hari bekerja. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Isnin, surat pengesahan tersebut boleh diambil pada hari Selasa keesokan harinya. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Jumaat, maka pasangan perlu menunggu sehingga hari Isnin untuk mendapatkan surat pengesahan konsulat tersebut.

Unknown berkata...

Assalamualaikum ustaz ,
Saya nak tanya .. semasa membuat pendaftaran di malaysia . Dan memerlukan saya dan pasangan untuk Hadir ke mahkamah rendah syariah .. Adakah keluarga saya dan pasangan akan mengetahui hal ini ?
Mohon penjelasan ustaz

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..nk tanya sikit..kalau nikah kat saim..pastu nk nikah kali kedua kat malaysia..n xnak famly tau..perlu ka prgi mahkamah jgk..?? atau nikah kat mlysia macam biasa

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Biasanya hakim akan panggil wali nasab (ayah) untuk pengesahan nikah di mahkamah. Bergantung pada budi bicara hakim.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Biasanya hakim akan panggil wali nasab (ayah) untuk pengesahan nikah di mahkamah.

Untuk nikah semula macam biasa ikut adat melayu pun tak jadi masalah. Akad nikah yang pertama sudah sah. Akad nikah kali kedua sekadar adat sahaja.

sayyidah berkata...

Assalamualaikum ustaz.saya nak tanya..sebelum ini saya berkawan dengan lelaki indonesia.saya dipaksa bernikah dengan die oleh jiran2nya di selangor berwalikan wali org indonesia tanpa pengetahuan ayah saya.saya memang tak nak tapi saya xnak malukan die.jadi saya bersetuju.sewaktu akad nikah saya langsung tak faham bahasa mereka.apakah pernikahan saya itu sah tanpa pengetahuan bapa saya?saya sudah lama berpisah dengan die.sekarang saya sudah bertemu dengan pasangan baru lelaki melayu dan merancang untuk bernikah di thailand dahulu sebelum wang kami cukup untuk buat majlis di malaysia.saya nak booking tarikh dengan ustaz insyaAllah bulan depan jika tiada masalah untuk saya bernikah.ada kah pernikahah saya yang dulu tu sah?ada masalah tak untuk saya bernikah dengan pasangan baru?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Pernikahan adalah sah sekiranya mengikut rukun & syarat sah nikah sepenuhnya.

Dalam masalah ini, wali perlu diperjelaskan. Melalui pengalaman saya semasa berkhidmat di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, pernikahan sebegini adalah tidak sah kerana wali am tersebut (wali hakim) tidak menepati syarat-syarat perwalian seperti mana yang telah ditetapkan oleh syarak.

Mohon rujuk pada jabatan agama islam atau orang yang arif dalam bidang fekah. Wallahu a'lam.

Unknown berkata...

Salam..ustaz sy prnah bkhwin di yala,dn skrang suami dh crai kn saya talak 3,dpan mak dn adik ipar..dn skarang sy ingin bkhwin lain,tpi surat cerai,tkde..boleh kah sy dftar status sy bujang dn bukan nye janda...sy tk bkemampuan...ape ptut sy buat

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Sekiranya lafaz cerai tersebut sah, tidak menjadi masalah untuk nikah semula lepas habis iddah.

Sebaiknya dapatkan surat pengesahan cerai dari Majlis Agama Islam Yala. Kemungkinan cerai tidak sah sekiranya lafaz cerai tidak jelas atau lafaz cerai kinayah tanpa niat. Wallahu Ta'ala A'la Waa'lam.

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz..

Sy telah berkahwin di padang besar dan dikahwinkan oleh seorang ustaz dri siam tpi sy xthu dri mana.. Semua borang semua ada.. Adakah pernikahan kami sah??

Masalah sekarang sy telah diceraikan hnya melalu msg.. Suami sy telah msg sy 'sy ceraikan (dia sebut nama sy) dengan talak 1' tanpa pergi daftarkan pernikahan kami pn.. Adakah perceraian kami sah??

Adakah sy boleh kahwin lain walaupn tanpa surat cerai dri pihak sana??

Tanpa Nama berkata...

Adakah dri hukum syarak islam sy telah diceraikan??

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Rukun nikah ada 5. Pertama: wali. Sama ada wali ayah atau wali hakim. Dalam kes ni wali ayah tidak ada. Wali hakim jugak tidak ada.

Jadi, nikahnya tidak sah.

Padang besar (Perlis) adalah negeri sempadan songkhla. Wali hakim dari majlis agama islam songkhla cuma ahli majlis agama islam songkhla yang ditauliahkan dalam wilayah songkhla sahaja. Tidak ada wali hakim dari songkhla yang ditauliahkan untuk akad nikah pasangan luar wilayah songkhla (padang besar).

Imam majlis agama islam songkhla adalah orang yang amanah & tidak akan sekali-kali buat perkara macam ni. Saya yakin ni cuma sindiket penipuan semata-mata.

Sekiranya betul imam itu wali hakim dari majlis agama islam songkhla sekalipun, beliau tidak layak untuk akad nikah pasangan sebagai wali hakim kerana di luar daerah yang ditauliahkan sebagai wali hakim.

Kesimpulan yang saya nak sebut: nikahnya tidak sah. Cerainya juga tidak sah. Wajib mufarakah (berpisah). Semoga Allah ampun dosa-dosa yang kita telah buat dalam keadaan kita jahil.

Untuk mengesahkan lagi, boleh rujuk kepada majlis agama islam songkhla atau pejabat konsulat malaysia di songkhla.

Tanpa Nama berkata...

Jadi xde masalah lah klu sy nk kahwin lain?? Perkahwinan sy yg bru ni kira sah la yer ustaz??

Faiz Muhamad berkata...

Sebaiknya puan rujuk kepada majlis agama islam songkhla atau pejabat konsulat malaysia di songkhla untuk pengesahan.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya ust sy xde sbarang dokumen kahwin tu, smua ngn llaki tu.. Lpas dia msg sy tu, trus dia hilangkn diri smpailah skrg.. Hmpir 7tahun la ust.. Sy xthu mana nk cri dia..

Tanpa Nama berkata...

Salam...sy bercadabg nk kahwin d Thailand kerana poligami..akan tetapi..bala isteri sy tidak boleh keluar negara disebabkan pinjaman pengajian..dan terpaksa masuk secara haram dan hanya saya secara sah..adakah urusan pendaftaran nanti d mslaysia..menimbulkan masalah? Sedangkan kami dah nikah..tQ

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh gunakan khidmat peguam untuk urusan pengesahan & daftar nikah luar negara tanpa passport (sekiranya pasangan nikah di Majlis Agama Islam Songkhla sahaja).

Namun, pengesahan & daftar nikah tidak boleh di buat sekiranya pernikahan di buat luar majlis agama islam songkhla (seperti rumah imam, masjid kampung, dannok, padang besar @ lain2).

Tanpa Nama berkata...

Assalam ustaz,
Saya dan pasangan saya seorang warganegara Filipina ingin berkahwin. Dia sudah memeluk Islam pada tahun lepas. Masalahnya sekarang, dia telah pun berkahwin di negara asal tetapi sudah berpisah (separated) tapi masih belum batal (annulled), disebabkan Philippines tidak ada undang2 cerai. Jadi untk berkahwin di Malaysia pasangan sy tidak dapat sediakan surat pengakuan bujang dari kedutaannya.

Soalan sy, jika kami bernikah di Thailand, ketika pendaftaran semula di Malaysia nnti, perlukah dia kemukakan dokumen2 dari kedutaannya? Terima kasih.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Boleh nikah di Thailand. Pasangan cuma perlu bawak passport & kad akuan masuk Islam sahaja. Untuk urusan daftar nikah di Malaysia nanti cuma perlu dokumen nikah dari Majlis Agama Islam Songkhla & dokumen pengesahan dari Pejabat Kedutaan/ Konsulat Malaysia di Songkhla sahaja.

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz..saya org bukan muslim.kami nak bernikah tapi saya taknak convert.apa ustaz tahu tak tempat yang boleh bernikah tanpa menukar agama masing2?adakah sijil pernikahan di indonesia dapat di terima oleh malaysia?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Dalam Islam, kedua-dua pasangan yg ingin bernikah MESTI beragama Islam. Ini sudah tertera dalam enakmen keluarga islam seluruh Malaysia. Tujuaannya untuk menjaga keharmonian beragama & kesejahteraan rumahtangga. Sekiranya berlainan agama, tidak akad wujud persefahaman dalam rumahtangga & matlamat utama dalam pernikahan tidak tercapai.

ellyallyna berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ellyallyna berkata...

Assalamualaikum ustaz ...sy bertanya bg pihak kakak ..kkk sy ad surt nikah dan konsulat dr songkhla ..ttp majlis perkahwinan dilakukan di perlis..pd tahun 2012 tetapi masih belum mendaftarkan nikah di malaysia kerana ada kemusykilan dan faktor kewangan.
Mereka berkahwin ats sbb terlanjur dan pd masa itu kkk masih student di IPTS
TETAPI wali hakim tersebut tidak mengetahui sewaktu dinikahkan kkk sy sudah mengandung 6bln.
Suami kkk sudah tamat perkhidmatan tentera ttpi pd masa itu ic suaminya belum ada kerana masih dlm proses
Pada masa yg sama tarikh sijil nikah yg didapati adalah sebelum akad nikah dilangsungkan.
Mereka bernikah disana kerana khuatir bapa sy tidak mahu mewalikan dan suami kkk sy masih tiada dokumen yg yg diperlukan untuk nikah di malaysia.
Soalan sy adakah nikah tersebut sah dan apa yg perlu dilakukan?
Dan jika hendak nikah semula ada ap masalah atau hanya teruskan prosedur seperti perkahwinan biasa di malaysia?
Untuk pengetahuan ustaz kkk sy mempunya 2org ank ,dan surt berank mereka boleh dibuat di JPN cuma bin dan binti kpd Abdullah..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum
Saya seorang Mualaf.Disini Saya nak kongsikan sedikit kisah hidup saya,pada tahun 2009 saya telah dijodohkan oleh keluarga dengan lelaki berbangsa asing di sabah. Tetapi perkhawinan kami tidak pernah didaftarkan. Pernikahan kami di anjurkan oleh seorang imam berbangsa asing. Hasil daripada perkhawinan itu,saya dikurniakan 3orang anak. Malangnya,saya telah ditinggalkan suami dengan alasan berjanji dia pulang ke kampung halaman untuk mendapatkan kebenaran dari negaranya dan akan mendaftar perkhawinan kami secara sah.Dan sehingga kini dia menghilangkan diri begitu saja.Oleh sebab saya terus menerus tertekan dengan keadaan perkhawinan kami yang tidak berdaftar secara sah..saya bertindak untuk larikan diri dari keluarga dan membawa pergi 3orang anak saya. Saya bernasib baik kerana 3orang anak saya mendapat sijil kelahiran dan didaftarkan atas suku kaum saya sendiri.kadazan dusun.
Disini,saya ada beberapa soalan. Pertama sekali apakah status saya ketika ini?bujang?atau ibu tunggal? Sekiranya saya mengatakan saya adalah ibu tunggal tapi saya tidak ada sebarang bukti perkhawinan ataupun penceraian. Jika bujang,saya sudah mempunyai 3orang anak?..ketika ini juga amat sukar untuk saya memohon sebarang bantuan disebabkan perkara2 ini. Ahli keluarga juga tidak ingin membantu saya dalam pengurusan hal ini. Saya buntu dan tidak tahu cara untuk menyelesaikan perkara ini.

Azim berkata...

Salam

Unknown berkata...

assalam ustaz. semalam 7/4/2017 suami saya telah menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada saya menyatakan 'aku ceraikan kau dengan talak 1. Amin.' adakah talak itu sah dari sudut pandangan Islam? Sah kah talak tersebut kerana sy & bks suami menikah di Majilis Agama Islam Yala,Thailand dan belum lagi mendftar perkhawinan kami di Malaysia. Tetapi sekarang beliau sudah menceraikan saya melalui pesanan ringkas. Apakah status sy skrg msih isteri atau talak tersebut betul-betul sudah jatuh ke atas sy? mohon pencerahan dari ustaz. Sekian. Wassalam.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Rukun nikah ada 5. Pertama: wali. Sama ada wali ayah atau wali hakim. Dalam kes ni wali ayah tidak ada. Wali hakim jugak tidak ada.

Jadi, nikahnya tidak sah.

Wali hakim dari majlis agama islam songkhla cuma ahli majlis agama islam songkhla yang ditauliahkan dalam wilayah songkhla sahaja. Tidak ada wali hakim dari songkhla yang ditauliahkan untuk akad nikah pasangan luar wilayah songkhla.

Imam majlis agama islam songkhla adalah orang yang amanah & tidak akan sekali-kali buat perkara macam ni. Saya yakin ni cuma sindiket penipuan semata-mata.

Sekiranya betul imam itu wali hakim dari majlis agama islam songkhla sekalipun, beliau tidak layak untuk akad nikah pasangan sebagai wali hakim kerana di luar daerah yang ditauliahkan sebagai wali hakim.

Kesimpulan yang saya nak sebut: nikahnya tidak sah. Wajib mufarakah (berpisah) & akad nikah semula. Semoga Allah ampun dosa-dosa yang kita telah buat dalam keadaan kita jahil.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Jawapannya tetap sama seperti soalan2 yg dikemukakan di atas. Nikah tersebut tidak sah sekiranya tidak ada wali nasab atau wali hakim. Status masih bujang. Status anak tidak sah taraf.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Jatuh talak 1. Wajib beriddah hingga 3 kali suci (3 bulan). Dalam tempoh iddah masih boleh rujuk. Sekiranya suami tidak rujuk hingga habis iddah, puan boleh terus pergi ke majlis agama islam yala untuk urusan sijil cerai.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Jatuh talak 1. Wajib beriddah hingga 3 kali suci (3 bulan). Dalam tempoh iddah masih boleh rujuk. Sekiranya suami tidak rujuk hingga habis iddah, puan boleh terus pergi ke majlis agama islam yala untuk urusan sijil cerai.

Unknown berkata...

utk urusan sijil cerai tersebut perlukah sy membawa bukti pesanan ringkas tersebut? dan sijil cerai tersebut perlu di sahkan di Konsulat Malaysia atau tidak?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Jawapannya tetap sama seperti soalan2 yg dikemukakan di atas. Nikah tersebut tidak sah sekiranya tidak ada wali nasab atau wali hakim. Status masih bujang. Status anak tidak sah taraf.

Faiz Muhamad berkata...

Puan perlu buat aduan di majlis agama islam yala & perlu bawak 2 orang saksi lelaki yang tidak ada hubungan keluarga. Majlis agama islam yala akan bagi keputusan selanjutnya nanti. Selesai urusan cerai, puan perlu sahkan di pejabat konsul malaysia di songkhla. Apa2 kemusykilan lagi puan boleh terus telefon sy 012-495 2275 (Faiz).

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz..maaf saya nak bertanya kalau kita bernikah di thailand tp akhirnya dapat tahu bahawa nikah itu tdk sah krna sindiket,perlukah suami isteri tu harus bernikah semula???

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Sebaiknya buat pengesahan di mahkamah syariah terlebih dahulu. Sekiranya mahkamah syariah sahkan pernikahan tersebut, insyaAllah semuanya sah ikut hukum syarak & perundangan malaysia. Sekiranya mahkamah arahkan mufarakah (bubarkan perkahwinan) perlu ikut arahan mahkamah selanjutnya (nikah semula).

Tanpa Nama berkata...

Assalam,ustaz. sy sudah diceraikan oleh suami & masih dlm tempoh iddah. kami bernikah di Thailand dan perkhawinan tersebut tidak didaftarkan di negara ini. soalan sy adakah sah sekiranya selepas hbis tempoh iddah tersebut sy berkhawin lain tanpa ada surat pengesahan cerai dari majlis agama islam Thailand?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Tidak sah akad nikah sekiranya masih dalam tempoh iddah. Perlu mufarakah (berpisah) & akad nikah semula lepas habis tempoh iddah.

Julia berkata...

Assalam ustaz..saya ada kemusykilan sedikit mengenai pas sempadan/paspot utk pernikahan di Thailand. Pasangan saya telah diistyihar muflis..oleh yg demikian beliau tidak dapat keluar negara. Kami bercadang utk bernikah dlm masa yg terdekat. Saya buntu dgn masalah yg bakal hadapi sekarang. Saya ingin penjelasan dari ustaz mengenai permasalahan ini.terima kasih ustaz..wasallam

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Untuk urusan keluar/ masuk ke thailand, perlu bawa bersama passport atau pas sempadan yang sah. Pasangan yang masuk secara haram akan hadapi masalah di kemudian hari kerana pejabat konsulat malaysia di songkhla tidak akan keluarkan surat pengesahan nikah & sekaligus pasangan tidak akan dapat mendaftarkan nikah dalam malaysia secara sah.

Julia berkata...

Ustaz, terima kasih utk penjelasan. Kalau begitu ustaz saya dan pasangan saya sukar utk bernikah di Thailand atas kedudukan pasangan yang muflis yakni x dapat mohon paspot malaysia.

Gadis buntu berkata...

Assalamualaikum ustaz,

Saya dan pasangan bercadang untuk bernikah di thailand secepatnya.. tapi masalahnya saya sedang mengandung 6 bulan dan pasangan saya adalah bapa kepada anak yang dikandungkan..

Persoalan saya adakah selepas kami dinikahkan nanti, adakah anak ini boleh dibinkan kepada nama bapanya?

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Boleh nikah & hukumnya sah. Tapi anak tersebut tidak boleh dinasabkan/ di'bin"kan dengan sesiapa.

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Sy telah berkahwin di padang besar dan di nikahkan oleh ustaz dri siam.. Adakah pernikahan sy sah??

Sy jga telah diceraikan hny melalui sms.. Adakah perceraian sy tu sah??

Adakah sah selepas habis tempoh iddah tersebut sy berkahwin lain walaupun tanpa ada surat pengesahan cerai dri majlis agama thailand???

Miss Daisy berkata...

Assalamualaikum. Saya Dan suami telah bernikah di Narathiwat Thailand pada 2012 tetapi tidak mendaftarkan perkahwinan di Malaysia. Soalan saya, sekiranya saya Dan suami ingin menunaikan umrah, saya difahamkan oleh travel agency iaitu Surat nikah kami perlu dicop/pengesahan Dari kedutaan di Songkhla. Saya nak tahu apakah syarat2 yg diperlukan untuk saya mendptkan cop atau surat pengesahan tersebut dan mengambil masa berapa lama untuk diproses. Perlukah saya Dan suami pergi atau hadir ke kedutaan atau ada cara lain untuk kami memdapatkan cop atau surat pengesahan tersebut. Harap pihak tuan sudi membantu menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Jawapannya sama seperti di atas;

Rukun nikah ada 5. Pertama: wali. Sama ada wali ayah atau wali hakim. Dalam kes ni wali ayah tidak ada. Wali hakim jugak tidak ada.

Jadi, nikahnya tidak sah.

Padang besar (Perlis) adalah negeri sempadan songkhla. Wali hakim dari majlis agama islam songkhla cuma ahli majlis agama islam songkhla yang ditauliahkan dalam wilayah songkhla sahaja. Tidak ada wali hakim dari songkhla yang ditauliahkan untuk akad nikah pasangan luar wilayah songkhla (padang besar).

Imam majlis agama islam songkhla adalah orang yang amanah & tidak akan sekali-kali buat perkara macam ni. Saya yakin ni cuma sindiket penipuan semata-mata.

Sekiranya betul imam itu wali hakim dari majlis agama islam songkhla sekalipun, beliau tidak layak untuk akad nikah pasangan sebagai wali hakim kerana di luar daerah yang ditauliahkan sebagai wali hakim.

Kesimpulan yang saya nak sebut: nikahnya tidak sah. Cerainya juga tidak sah. Wajib mufarakah (berpisah). Semoga Allah ampun dosa-dosa yang kita telah buat dalam keadaan kita jahil.

Untuk mengesahkan lagi, boleh rujuk kepada majlis agama islam songkhla atau pejabat konsulat malaysia di songkhla.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Pejabat Konsulat meletakkan syarat bahawa setiap surat pengesahan nikah hanya akan dikeluarkan dalam masa dua hari bekerja. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Isnin, surat pengesahan tersebut boleh diambil pada hari Selasa keesokan harinya. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Jumaat, maka pasangan perlu menunggu sehingga hari Isnin untuk mendapatkan surat pengesahan konsulat tersebut.Hanya pasangan sahaja yg dibenarkan untuk berurusan di pejabat konsulat. Pihak ketiga/ agen tidak dibenarkan.

Untuk pengesahan dokumen pasangan perlu kemukakan 5 dokumen yg disenaraikan di atas. Boleh rujuk halaman utama.

Shitah berkata...

Assalamualaikum ustaz..adakah sah sijil nikah perkawinan sesorg dgn kelulusan mahkamah negeri perak tapi tanpa pengetahuan isteri pertama tentang pernikahan itu..tk

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Sijil nikah dari mana2 negeri sekalipun tetap sah guna pakai seluruh malaysia. Walaupun tanpa pengetahuan isteri pertama atau sesiapa sahaja.

TETAPI tidak sah sekiranya terdapat mana2 unsur pemalsuan dokumen seperti akuan bujang lelaki bagi kes poligami atau lain2 pemalsuan dokumen.

Unknown berkata...

Assalamualaikum ustaz saya dari kelantan.. saya berhajat untuk berkahwin di thailand.. bolehkah saya mnggunakan hidmat ustaz melalui kelantan atau perlu ke kayu tijam

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Kami hanya sediakan pengangkutan dari imigresen Bukit Kayu Hitam ke Songkhla sahaja. Perjalanan ambik masa 1 jam 20 minit. Kawasan Songkhla lebih selamat. Perjalanan dari Kelantan ke Songkhla beresiko tinggi kerana terpaksa menempuh Narathiwat - Yala - Pattani iaitu 3 wilayah yang sedang bergolak. Aspek keselamatan perlu dipertimbangkan.

Tanpa Nama berkata...

Assalam ustaz.. jika bakal suami anggota keselamatan yg ingin brnikah di selatan thailand.. jika tidak mndapat surat keizinan majikan.. adakah boleh diteruskan pernikahan cume tidak boleh didaftar di malaysia???

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Untuk anggota polis & tentera boleh bernikah di majlis agama islam songkhla, thailand seperti biasa. Tetapi hanya boleh buat pengesahan di pejabat konsulat malaysia di songkhla & daftar nikab dalam malaysia selepas tamat perkhidmatan atau pencen sahaja. Ini hanya prosedur khas untuk jabatan polis & tentera.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ust..

Sy telah berkahwin di songkla tahun 2008.. Tpi kami tidak buat pengesahan di pejabat konsulat malaysia di songkla.. Dua tahun lpas tu suami sy telah ceraikan sy hanya melalui sms 'Aku ceraikan kau dengan talak 1'.. Lpas tu dia trus menghilangkan diri hgga skrg..

Adakah talak tu sah dri hukum syarak??

Adakah sah jika sy hendak kahwin lain walaupun tanpa surat pengesahan cerai dri pejabat agama songkla???

Mohon penceraian..

Tanpa Nama berkata...

Mohon pencerahan..

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum ustaz, saya ingin bertanya, adakah boleh mendaftarkan perkahwinan di malaysia jika sudah berkahwin di luar negara jika dokumen yg dikehendaki tidak lengkap, contohnya hanya ada salinan phostostat buku nikah shja, bahagian saksi tiada,dan berapa lamakah prosuder yg diambil?

Tanpa Nama berkata...

Salam . Saya dalam masalah.bulan 5/2017 saya nikah di thailand dan semua document lengkap dan belum daftar di pejabat agama.sekarang saya disahkan mengandung sebulan.jika saya daftar lewat di pejabat agama adakah untuk pendaftaran anak saya nanti akan berbinkan nama ayahnye atau pun nama pilihan pejabat agama?dan adakah tarikh nikah penikahan kami akan ikut tarikh semasa kami buat pendaftaran di pejabat agama atau ikut tarikh yg kami nikah dia thailand. Mohon pencerah.terima kasih.

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Alhamdulillah.. Tahniah.. Tak menjadi masalah sekiranya lewat daftar. Apa yang penting semua dokumen nikah lengkap. Tarikh nikah pada sijil nikah tidak akan berubah walaupun pendaftaran nikah di buat selepas 5-10 tahun.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Pendaftaran nikah luar negara hanya boleh di buat sekiranya dokumen lengkap.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Puan MESTI buat pengesahan cerai di Majlis Agama Islam Songkhla & dapatkan pengesahan cerai dari Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.

Tanpa Nama berkata...

Klu tnpa surat pengesahan tu adakah sah sy kahwin lain??

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum ustaz. sy telah diceraikan oleh suami dgn talak 3 melalui pesanan ringkas baru-baru ini. sy & bks suami brkhawin di sempadan Thailand iaitu di Pejabat Agama Islam Wilayah Yala daerah Betong pada tahun 2015. apa yang perlu sy lakukan utk mendapatkan pengesahan surat cerai tersebut & berapa lama perlu sy tunggu utk mendapatkan surat tersebut? mohon pencerahan dr ustaz secepatnya. sekian, wassalam.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam.

Saya cadangkan puan bincang baik-baik dengan suami buat urusan cerai di majlis agama islam yala.

Selesai urusan cerai, terus buat pengesahan dokumen di pejabat konsulat malaysia di songkhla.

Semua urusan & dokumen lengkap boleh selesai dalam masa 2 hari keja (isnin - jumaat).

Tanpa Nama berkata...

maksud ustaz sy perlu pergi ke majlis agama islam Yala bersama-sama dgn bekas suami utk urusan cerai tersebut? kalau sy sudah tidak dpt lg berhubung dgn bekas suami bagaimana ya ustaz? dan kalau hanya saya sahaja yg pergi ke sana utk selesaikan urusan cerai trsebut bagaimana ya?

Faiz Muhamad berkata...

Puan perlu pergi ke Majlis Agama Islam Yala untuk mohon fasakh & perlu bersama 2 orang saksi. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan lain puan boleh hubungi saya di talian 012-495 2275 atau 013-335 2275.

Tanpa Nama berkata...

sekiranya sy bertunang dgn lelaki lain terlebih dahulu sebelum menyelesaikan urusan cerai tersebut adakah di bolehkan? mohon pencerahan dri ustaz.

Faiz Muhamad berkata...

Dari segi hukum syarak, puan masih lagi isteri yang sah kepada suami puan. Haram & tidak sah dipinang & dikahwinkan mana2 lelaki.

Tanpa Nama berkata...

walaupun suami sudah jatuh talak kepada sy & sudah hbis iddah,adakah sy masih isteri dia yg sah? sy tak brp jelas dgn kenyataan ni. mohon pencerahan yg selanjutnya ustaz.

Faiz Muhamad berkata...

Puan perlu pergi ke Majlis Agama Islam Yala untuk mohon fasakh & perlu bersama 2 orang saksi. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan lain puan boleh hubungi saya di talian 012-495 2275 atau 013-335 2275. Atau puan boleh rujuk terus pada pejabat agama daerah yang berdekatan.

Jujuana Sonny berkata...

Salam..pasangan saya bukan warganegara malaysia, kami nk bernikah tapi masalahnya banyak prosedur nak kena buat..macam mana kalau kami mahu bernikah di thailand saja? adakah prosedurnya lebih mudah di thailand atau sama je kalau bernikah di malaysia?

Faiz Muhamad berkata...

Wsalam. Prosedur nikah dalam malaysia untuk warga asing memang agak susah.

Lebih mudah proses nikah di thailand & daftar dalam malaysia.

Namun ada beberapa syarat;

Pertama: pastikan masuk ke thailand secara sah (sama ada dapatkan visa dari kedutaan atau dapatkan 'visa on arrival').
Kedua: pastikan visa pelancong & bukan permit kerja di malaysia.
Ketiga: pastikan tidak ada sekatan perjalanan dari imigresen.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz , kalau sy nikah di thailand ,sekiranya saya ingin daftar semula di pejabat agama malaysia, adakah tarikh nikah sy akan ikut tarikh yg saya nikah di thailand atau akan ikut tarikh saya daftar semula di pejabat agama malaysia? dan adakah denda yg dikenakan perlu bayar serta merta ketika pendaftaran dibuat semula? Terima kasih.

Unknown berkata...

Assalamualaikum ustaz, cuma ingin bertanya, boleh ke kalau salah seorang pasangan belum berumur 20tahun ingin mendaftar di konsulate? Contohnya seperti ustaz kata, boleh bernikah di sana sekiranya telah berumur lebih dari 18tahun tanpa ahli keluarga kan? Bagaimana pula dgr proses konsulate ? Lepastu bagaimana pula kalau nak daftarkan perkahwinan di kl, kalau konsulate pun tak boleh didaftarkan kalau tak cukup umur ? Harap ustaz menerangkan, terima kasih ustaz.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Urusan daftar secara terpeinci boleh rujuk di halaman "daftar nikah luar negara".

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Bermula April 2015 - Disember tahun 2016, konsulat menetapkan umur minimum untuk dapatkan pengesahan dokumen adalah 20 tahun. Bermula Januari tahun 2017, konsulat menetapkan umur minimum untuk dapatkan pengesahan dokumen adalah 18 tahun. Peraturan konsulat akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada arahan dari jabatan/ kementerian.

Unknown berkata...

Assalamualikum. Sy pnh nikah di kelantan dgn imam dr Pattani& surat nikah dr Pattani. Kemudian tlh didaftarkn nikah di Johor melalui peguam& perintah mahkamah. Bekas suami cerai luar mahkamah& tidak lg brjumpa sehingga habis eddah.sy tlh tuntut fasakh tp ambil masa brthn2 krn bekas suami tidak dtg mahkamah& aduan takliq juga tidak digunapakai pd ketika itu. Bila surat cerai dpt di Malaysia, sy bernikah semula dgn warga asing di Malaysia secara sah.

Bg elak zina krn surat cerai tak dpt brthn2 sy tlh nikah secara rahsia dgn suami skrg melalui imam dr Pakistan bekerja di Malaysia& lepas dpt anak seorg baru kami nikah semula di Malaysia.

Soalan sy 1)apakah hukum pernikahn pertama dgn bekas suami sy dulu? Krn imam dr Pattani tp nikah di Kelantan.
2)apakah pula hukum pernikahan suami skrg sebelum nikah semula di Malaysia krn berimamkan imam bertauliah dr Pakistan, & berwakil wali sy. Adakah anak sy anak sah taraf kpd bapanya?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz. Saya sudah terlanjur bersama pasangan dan saya telah hamil. Pasangan saya warganegara singapura manakala saya malaysia. Jika kami ingin menikah di thailand, adakah ia nya sah? Kami ingin menikah di malaysia tetapi prosedurnya terlalu rumit. Harap ustaz boleh membantu dalam niat kami menghalalkan hubungan kami.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Nikah di thailand hukumnya sah seperti yg saya nyatakan di atas.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Pernikahan pertama & pernikahan kedua adalah tidak sah kerana tidak menepati syarat wali hakim seperti yg saya jelaskan dalam persoalan di atas.

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Pernikahan pertama & pernikahan kedua adalah tidak sah kerana tidak menepati syarat wali hakim seperti yg saya jelaskan dalam persoalan di atas.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz..

Sy telah berkahwin di songkla pada tahun 2007.. Thun 2010 suami sy telah ceraikan sy melalui pesanan ringkas yg berbunyi "sy (nama suami sy?) ceraikan awk (dia tulis nama sy) dgn talak 1..amin..

Adakah jatuh talak ke atas sy??

Adakah sah jika sy hendak kahwin lain walaupun tanpa surat pengesahan cerai dri pejabat agama songkla??

Faiz Muhamad berkata...

Waalaikumussalam. Dari segi hukum syarak, dikira jatuh talak 1 secara sah. Tapi dari segi undang2 negara, puan masih lagi berstatus "isteri orang" atas sebab tidak mempunyai apa2 dokumen cerai.

Sebaiknya puan dapatkan sijil cerai yg sah dari Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand. Iddah akan dikira dari tarikh cerai yg diputuskan oleh Ahli Majlis Agama Islam Songkhla.

Sekiranya puan tetap berkahwin tanpa dokumen cerai dengan suami yg lama, dari segi undang2 negara perkahwinan puan adalah tidak sah.

Tanpa Nama berkata...

Klu dri segi hukum syarak adakah perkahwinan yg kali kedua ni sah??

Tanpa Nama berkata...

Sbb lpas kahwin tu suami tak pernah daftar perkahwinan kami di pejabat agama songkla..

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 400 daripada 543   Terbaru› Baru»